Monday, September 24, 2012

[Renungan] Apa Itu Erti Kawan Bagi Aku


Apa erti KAWAN? Samakah ia dengan persaudaraan? Sejauh manakah sesebuah perhubungan dengan kawan terjalin? Bagaimanakah kita ingin mempercayai kawan kita? Semua menjadi tanda Tanya pada diri aku.
Jenis-jenis Kawan bagi diri aku...

Kawan Biasa –Kawan yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa dalam perhubungan tersebut. Tiada apa-apa kenangan indah untuk dikenangkan. Mungkin juga dia adalah kawan kepada kawan kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar tentang kewujudan kawan biasa ini. 

Kawan Baik – Kawan baik bagi aku adalah kawan yang boleh berkongsi suka duka dalam kehidupan aku secara langsung dan tidak langsung. Bukan senang nak jadi kawan baik dan juga bukan senang nak cari kawan yang baik. Betul kan. Kawan baik akan sentiasa bersama-sama kita tak kira dimana jua kita berada.


Jenis-jenis kawan yang tak berapa kawan:

Kawan Maya – Bagaimanakah tanggapan kamu semua terhadap kawan maya? Adakah kawan maya boleh menjadi kawan baik seperti kawan baik kita yang kita kenal secara reality? Adakah semua kawan maya tidak boleh dipercayai seperti cerita-cerita yang selalu keluar di dada-dada akhbar pada zaman sekarang? Susah aku nak fikirkan bagaimana perhubungan maya boleh menjadi satu perhubungan yang ikhlas.

Kawan Makan Kawan - Kawan ketika senang sahaja.. bila susah.. hilang entah kemana dia menghilang dan akan muncul apabila kita boleh dipergunakan.. ermmm..

No comments: