Sesungguhnya dugaan Allah S.W.T. ada berbagai-bagai supaya kita tidak alpha dengan kehidupan duniawi.
Allah S.W.T. bukan suka-suka untuk menguji kita. Dan Allah S.W.T. tak akan uji kita jika kita tak mampu menerima ujian.
Allah S.W.T. uji kita sebab dia sayang pada kita.
Setiap apa yang berlaku pada aku kebelakangan ini pasti ada hikmahnya.
Ayah dah masuk 34 hari "MC" sebab "Advanced Chronic Kidney Diseases". 13 hari ayah tak boleh makan. Cuma minum beberapa titik air jer.
Raya ke-4 pulak, Emak menggelupur sakit perut selepas keluar dari HUSM "visit" Ibu. DR "suspect" batu karang. Tapi dia pulak tak nak pergi hospital. Mungkin emak fikir, sapa nak jaga ayah nanti jika dia masuk hospital.
Ibu masuk ICU. Keras kejung "unconscious". Sedih aku melihat keadaan dia yang menanggung kesakitan.
Aku nak balik KL pun susah hati.
No comments:
Post a Comment