Direction From Kuala Lumpur:
Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (dengan bahasa mudah EXIT Skudai Utara).
Apa yang aku buat selama 3 jam disana?
Aku sampai sana lebih kurang pukul 5pm. Cuaca agak gelap sebab hari nak hujan. Aku "start" dengan Padini Concept Store. Baju-baju budak memang murah walaupun "outdated". Tapi apa kisahkan setakat seluar jeans dan t-shirt harga mula dari RM9. Tapi aku tak beli apa-apa pun. Kemudian kami naik bahagian atas. Masuk Adidas, Clarks, Timberland, Coach, Guess, Burberry dan macam-macam lagi. Semua keluar dengan tangan kosong. Kat Clarks Outlet memang harga kasut jauh lebih murah dari butik-butik kat luar tapi tak banyak pilihan.
Aku pun tak faham kenapa ada orang cakap barang-barang kat sana murah-murah. Aku rasa kalau beli "online" jauh lebih murah.
Memang menghampakan. Indah khabar dari rupa. Ini pendapat aku lah. Selama 3 jam disana satu apa pun aku tak beli. Ada yang berkenan tak de "stock" la pulak. Aku rasa JPO ni bukan target orang-orang macam aku la.
Bila dah penat berjalan kami singgah di Food Centre dia. Pusing-pusing cari makan aku pilih "Fish n Chip". Mak ai.... "Failed". Tak sedap langsung. Tak pernah aku rasa "Fish n Chip" yang tak sedap macam tuh. Rayn dan Raynia pun tak lalu nak makan.
Tapi aku tak de la rasa "frust" sangat pulang dengan tangan kosong. Janji aku dah pernah sampai Johor Premium Outlet.
No comments:
Post a Comment