Thursday, February 23, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 1

SAKIT:......

by Nor Bibi Abdullah on Saturday, 18 February 2012 at 15:58·

"Dear ibu, Allah said we are tested according to our ability... U are strong! U can get through, Insyaallah....."itu adalah pesanan dalam telefonku, dihantar oleh seorang anak saudara yang comel...b elajar pun belum habis.. tetapi bijak berkata-kata....

Ya, Insyaallah dia aka jadi seorang Doktor yang bagus...
Dia bukan sahaja anak saudaraku tetapi juga ANSARA MRSM PC. belajar di tahun akhir, bidang kedoktoran...

Bukan tentang dia yang hendakku ceritakan, tetapi tentang sakit, pesakit dan doktor....para doktor.....dan ilmu mereka......

Tergiang-giang di kepala,apabila seorang Doktor berkata,".... Di Hospital Selayang sahaja ada pakarnya".

Kenapa begitu? Di zaman ini banyak benda yang berubah begitu cepat. Bertambah dan merebak dengan pantas.."kenapa?. Apakah cuma seorang dua yang sakit begini?

Semalam Hari Jumaat...pagi-pagi lagi telah mendapat panggilan telefon dripada seorang bekas pelajar yang sudah lama tidk bertemu....."......saya dah dapat laporan tentang penyakit cikgu..cikgu jangan bimbang...bukan seorang Malaysia ada tiga orang pakar dalam bidang ini....saya di tempatkan di Kuching, bermakna sya jaga Sabah dan Sarawak....seorang lagi berada di Hospital Kuala Terengganu...jaga bahagian Pantai Timur...bos kami merangkap Pensyarah kami berada di Selayang...cikgu jangan bimbang, saya dan Dr Hasnan adalah bekas pelajar cikgu....Insyaallah Dr Hasnan akan pergi dan nilai kes cikgu, dan hujung bulan ni saya akan balik tengok cikgu............" dia bercakap tanpa nokhtah.. dan banyak maklumat yang dihamburkanya...tetapi aku tak pasti apa yang aku ingat.......

Ya Allah, jikalau dengan sakit dan penyakitku ini mampu melahirkan lebih ramai Doktor Pakar,....aku redho Ya Allah.....

Teringat aku semasa perjumpaan ku dengan Para Pakar di HUSM pada Hari Khamis sebelumnya..16 Februari 2012......tiga orang Doktor Senior, maksudnya Doktor Pakar dan seorang Doktor Junior....seorang peguam....dia anakku...mereka semua adalah ANSARA...dan aku bekas guru mereka..kecuali anakku...dia anakku....

Dulu semasa di maktab, pastinya yang banyak bercakap ialah aku...yang banyak mendengar adalah mereka...tetapi pagi itu, merekalah yang bercakap dan akulah pendengarnya...mereka memberi penjelasan, penerangan dengan begitu yakin..

No comments: