Tuesday, December 13, 2011

[Mood] - Tak "COOL" Punya Orang.

Minggu lepas aku ada "upload" gambar Arron Aziz sebelah menyebelah gambar Aidil Aziz. Nama dah dekat-dekat sama. Saja-saja sekadar lawak-lawak. Tambahan pulak sepupu-sepupu aku memang minat sesangat kat Arron Aziz ni. Maklum la musim Ombak Rindu.

Dalam banyak-banyak komen ada juga yang kurang senang dengan gambar aku. Mestilah bukan dari "family" aku kan. Komen-komen "family" aku semual "COOL". Sebab dia orang memang "family" yang "cool".

Bagi aku kalau tak boleh nak terima gurauan gambar-gambar begitu sila jangan komen. Nanti pengomen-pengomen lain bagi komen yang positive dia akan rasa sakit hati. Malas aku nak layan orang macam tu.

Buat sepupu-sepupuku, kawan aku yang "cool" terima kasih kerana anda telah menceriakan "wall" facebook aku. Anda semua telah menceriakan hari aku.

No comments: