"1st time" ambil pembantu rumah. Aku mula-mula memang berat hati nak menggunakan servis pembantu rumah untuk aku. Tapi belum cuba belum tahukan.
Pembantu rumah Indonesia ini di perkenalkan oleh "Cleaner" rumah aku yang biasa aku ambil hari minggu. Aku selalu pesan kat dia kalau ada orang yang nak kerja bagi tau la kat aku. Dia bawak la datang rumah sebab aku nak tengok rupa paras bentuk orang yang nak kerja tuh. Dia datang dengan bibik tuh dan mak bibik.
1st immpression. Aku dah rasa lain macam sebab bibik tu diam seribu bahasa. Bagi aku ok lah tak banyak cakap nanti. Mak dia cakap dia kurang fasih berbahasa Malaysia. Itu senang ajer. Bila aku risik-risik bertanya kawan dan sepupu aku semua bagi pendapat yang berat supaya aku jangan ambil pembatu itu.
Balik rumah belum sempat nak telefon cakap aku tak jadi ambil. Loceng pagar dah bunyi. Mak ai cepat pulak dia datang siap bawak beg lagi. Laki aku apa lagi suka la sebab boleh la aku jadi "ma'am" pulak.
Sebab dia datang dengan cara mengejut maka bilik kat bawah aku tak sempat nak kemas. Lepas semua orang balik aku suruh la dia kemas tempat untuk dia tidur sementara aku anak beranak makan. Dia cakap dia dah makan. Belum sempat aku habis makan aku dengar dia bercakap-cakap. aku ingatkan dia bersembang dengan Rayn aku intai la. Rupa-rupanya dia tengah bersembang dengan "handphone" dia sambil nangis-nangis. Aduhhh masak budak nih.
Aku tanya la kenapa nangis. Nak balik ke? Dia angguk kan kepala. Aku suruh dia hubungi keluarga dia sendiri datang ambil. Aku tak mahu simpan pembantu macam ini buat sakit kepala aje.
Jadilah aku majikan selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment