Rancang punya rancang untuk bercuti, akhirnya memang kena cuti jugak. Raynia demam tak kebah-kebah. Asal masuk jer pukul 5 PM suhu badan dia mula naik.
Pergi Klinik Dr Khalid & Wan Julia lagi buat aku sakit hati. Tak cek apa-apa terus cakap kami satu keluarga ada TIROD. Sebab tu Rayn dan Raynia jadi macam tu.
Sebab aku tak puas hati dengan Klinik tersebut, pagi Rabu 4 Mei 2011, aku bawak Raynia pergi kecemasan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Untuk rawatan lebih lanjut DR sarankan kami masuk wad. Waduh-waduh,
Untuk itu aku dapat la "Compassionate Leave" selama 2 hari sebab anak di masukkan ke hospital. Mula-mula dapat bilik 628. Terpaksa berkongsi bilik sebab itu je kelayakan Bank bagi untuk pekerja cabuk macam aku ni. Selepas berbincang kami "upgrade" ke "single duluxe room". Kena la tambah sikit tapi memang selesa dan puas hati. Rayn dan daddy pun berkampung kat APSH.
Jadilah percutian keluarga. Terima kasih buat Panjang, A.Ira, Casya, Raja, Boy, Lenn, Kamal, Edex, Khairin dan Zul kerana telah melawat kami.
No comments:
Post a Comment