Friday, May 11, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 5


Sakit:- kemoterapi Kedua dan ketiga
by Nor Bibi Abdullah on Thursday, 10 May 2012 at 14:48 ·

2.5.12 Hari Rabu......seperti biasa8.30 pagi sudah ada di HUSM....selepas darah diambil, menunggu untuk proses seterusnya.kali ini keputusan darah agak lewat.12.15 ptg barulah dipanggil untuk proses kemo...pesakit agak ramai,kerusi dan katil sudah penuh....bilik perbincangan diberi kepadaku....Alhamdulillah agak selesa..sedari pagi bapa gelisah dan rasa tidak selesa...namun nampaknya dia bertahan sehingga Tab datang mengambil alih...hehe hari ni Tab belanja ayam goreng KFC untuk staf di sini....proses berjalan lancar seperti minggu lepas...dan menariknya minggu ni ada tetamu yang sempat menjenguk...terima kasih Ustazah Saniah dan Puan Esah Ahmad.
Selesainya semua Tab belanja ibu makan bee-hoon sup di D'Klassik...Alhamdulillah.

9.5.12 Hari Rabu........bermakna ini adalah kali ketiga......Selasa sebelum Rabu biasanya mencemaskan...lebih2 lagi tidak ada peneman minggu ini....Ya Allah permudahkanlah.hari ini pun keputusan darah agak lewat dan pesakit juga ramai...Bilik rawatan sudah penuh...dan sekali lagi aku ditempatkan di bilik perbincangan...semasa rehat tengah hari, Ta, Hiday dan Azah datang menemani...terimakasih semua...
Dan hari ini aku adalah orang yang terakhir selesai....lapar bukan main......
Alhamdulillah....kemoterapi juga berjalan dengan lancar walaupun mulanya agak lewat....

Thursday, April 12, 2012

[Ibu] - Catatan Ibu 4

Apabila berita tentang Sakit mula tersebar,ramai saudara mara, rakan taulan,anak2 didik dan anak buah yang datang menziara....

Pesakit pula begitu teruja menerima pelawat yang datang....Hari2 lembab di ICU menjadi labih pantas berjalan..rasa sakit, buat seketika ,mampu dilupakan....ada yang sudah lama tidak bersua,dipertemukan.

Semua ini adalah atas kehendaknya. Syukur Ya Allah....

Sanak saudara yang berjumpa cuma. Pada musim raya dan musim kenduri, berusaha pulang menziarah...

Mengorbankan cuti,wang ringgit ,masa dan meninggalkan tanggungjawab buat seketika.

Dan setiap pulang mereka kuucapkan terimakasih...terimakasih sudi datang....dan mendoakan....
Kina ini manusia ,tetap dengan segala kelemahannya...semalam lama berfikir...tentang pengorbanan anak2, menantu, cucu2, adik beradik dan ipar duai....keresahan mereka.....jadual harian dan mingguan mereka yang berubah....kewangan mereka,persekolahan mereka......adik dan iparku....hampir setiap hari berkunjung....walau uzur..walau sakit...tidak pernah merunggut...datang dengan segala kepayahan...bertungkat, berpimpin, jalan bertatih.....
Datang mereka memeriahkan suasana.melapangkan dada dan mengukirkan senyuman di bibir siapa sahaja....

Cucucucuku semasa mereka datang memang awalnya nampak ada bayangan keresahan di wajah mereka..Taufiq secara jujur pernah berkata kepada Bapatoknya..,"..Paktok! She's not going to die...she is OK ape.".......dalam takut untuk ke hospital,mereka memberanikan diri datang ziarah ibutok mereka....ada cucu yang gagahkan diri tidur di hospital..dan pagi esoknya mereka bersuara....,"tak ada apa2 pun yang berlaku....tak ada pun hantu kat sini......."....bayangkan.....betapa banyak perkara yang bermain di kepala mereka...hadiah2 kecil mereka bawa membuatku tersenyum....

Kehadhiran Dora, Dewi, Mastura dan Hamzi....sudah pastinya membuatku rasa dilayan seperti permaisuri...membelai,mengusap,membantuku dengan penuh kasih sayang dan dengan cara mereka tersendiri...Ya Allah hubungan menantu ini tidak akan putus sampai bila2 Rahmatilah mereka Ya Allah....

Mereka juga tidak ada yang menghalang anak2 ku untuk pulang berkali-kali untuk bersamaku...terima kasih semua...Mohd Naguib pastinya agak jauh dan tidak dapat berada di sisi..namun setiap kali berbual di telefon aku tahu ada getar di dadanya..tidak mengapa...terima kasih jua membenarkan Rubi pulang berkalikali...dan sokongan sari sudut lain juga di beri..

Anak2ku..Syukur Ya Allah Engkau memberiku anak2 sebaik mereka ini...akun tahu ada resah dalam diri mereka yang tidak mereka pamerkan. Ada gundah yang mereka sembunyikan..Tabahlah wahai anak2 ku..redhalah ini ujian Allah untuk keluarga kita. Ibu bersyukur..cuma ibu mohon janganlan jemu melayan kerenah ibu...maafkan lah jika kernah ibu menyakiti hatimu...anakku...Allah Sayang kita itu sebabnya Dia menduga kita...

Ya Allah lindungilah kami semua.kami takut dengan murka mu Ya Allahya Allah Limpahkanlah IkhsanMu,kasihsayangMu Ya Rabb....